Resepi Ikan Percik Kuah Putih Cara Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum...
Suka makan percik tak?Percik ada 2 versi satu kuah putih dan satu lagi merah (sedikit pedas) jikalau belah utara ni yg merah tulah banyak dijual di Bazar ramadan.Saya plak suka yang Percik Kelantan kuah putih..betul2 old skool punya.Kalau yang kuah merah tu resepi olahan dah tu.Tapi sekarang ni kuah putih atau merah dah merata dijual di Kelantan sinun.Merah atau putih terpulang pada selera masing2
Okeylah mood update blog masih lemau ni..so,xmp bebel panjang..Jom ler kita semak resepi cara masak Ikan Percik Kelantan Style Kuah Putih versi LiNa Pg heheee
 versi satu kuah putih dan satu lagi merah  Resepi Ikan Percik Kuah Putih Cara Mudah Dan Sedap
Ikan Percik dan props tu macam x match jer kan?Xpe la asalkan nampak berseri siket kikiiii
Ikan Percik Kuah Putih (Percik Kelantan)
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Bahan Bahan
  • 3 ekor ikan selar/kembung
  • 7 ulas bawang merah (tumbuk)
  • 1 cm halia (tumbuk)
  • 1 batang serai (titik)
  • Garam dan gula/perasa 
  • 1 asam keping
  • 1 cawan santan pekat (LiNa Pg guna santan kotak ayam brand jer)
  • 1/2 cawan air
Cara Cara
  1. Perasakan ikan dengan sedikit garam.kemudian lumurkan dengan separuh materi yang ditumbuk.Perap selama 10min (Refer gambar no.1)
  2. Sementara itu,satukan santan,air, lebihan materi tumbuk,serai,asam keping dan garam+perasa (gambar no.2)
  3. Kacau sampai likat.Semasa proses mengacau,keluarkan asam keping agar tidak erlebih masam.LiNa Pg tidak menggunakan sebarang tepung utk memekatkan kuah percik ni.Sesuaikan rasa.Tutup api bila kuah pekat (rujuk gambar no.3)
  4. Panaskan pemanggang ajaib.Bakar ikan (kedua2 belah)hingga masak terlebih dahulu.
  5. Kemudian lumur ikan yg dibakar dengan kuah percik dan bakar sekejap refer gambar no.5(Simpan sedikit kuah untuk dicurah semasa menghidang)
  6. Mudah sahaja dan rasanya memang mabeles


 versi satu kuah putih dan satu lagi merah  Resepi Ikan Percik Kuah Putih Cara Mudah Dan Sedap

 versi satu kuah putih dan satu lagi merah  Resepi Ikan Percik Kuah Putih Cara Mudah Dan Sedap


 versi satu kuah putih dan satu lagi merah  Resepi Ikan Percik Kuah Putih Cara Mudah Dan Sedap

0 Response to "Resepi Ikan Percik Kuah Putih Cara Mudah Dan Sedap"

Post a Comment