Kerepek Popia Cheese Resepi Sungguh Mudah Dan Sedap
Assalamualaikum...
Kembali bersiaran setelah seminggu bercuti panjang.Sebelum bercuti tu sempat jugaklah aku siapkan jajan untuk kudapan anak2 iaitu Kerepek Popia Cheese ada jugak yang panggil keropok popia cheese.Ekceli aku gunakan kulit popia lebihan Murtabak Kulit Popia dah lamaaaa ni...sampai kulitnya dah kering huhu...Sayang pulak dari terbuang begitu saja.Kita buatlah resepi kerepek popia yang cukup mudah ni.Hanya guna kulit popia, cheese powder (yang digunakan untuk membuat kentang wedges KFC tu, sedikit gula dan chilli powder.Ekceli kalau nak guna cheese powder semata pun ok jugak.Terpulang selera.

Bila dah makan ni mmg tak boleh berenti...Sedar2 balang pun kosong hehee
Jangan lupa
SUBSCRIBE CHANNEL LiNa Pg
klik goresan pena merah
Jangan lupa
SUBSCRIBE CHANNEL LiNa Pg
klik goresan pena merah
KEREPEK POPIA CHEESE
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Bahan-Bahan
- 1 paket kulit popia
- Cheese powder secukupnya (terpulang nak letak banyak mana)
- Sedikit gula kastor
- Sedikit serbuk cili
- Minyak untuk menggoreng
Cara-Cara
- Kulit popia dipotong ikut suka potong nachos tu la(LiNa Pg potong 2x2in)
- Panaskan minyak, goreng kulit popia dengan api sederhana hingga kekuningan.
- Angkat dan toskan.Goreng secara berperingkat (sedikit demi sedikit hingga habis) Sejukkan sebentar
- Ambil sebahagian dari gorengan kulit popia masukkan ke dalam bekas yang agak besar, masukkan serbuk cheese, gula kastor dan serbuk cili (jika suka pedas).Goncangkan/gaul semoga semuanya bersalut dengan serbuk cheese.Terpulang nak letak banyak mana.
- Simpan kerepek popia cheese dalam balang
Kalau ada yang berminat untuk menempah jajan/kerepek popia ni boleh bagitau saya.Kalau nak beli cheese powder pun boleh kontek aku gak
No hp hampa teropong la kat situ hahaa...kejam tak kikiiii
0 Response to "Kerepek Popia Cheese Resepi Sungguh Mudah Dan Sedap"
Post a Comment