Pulut Inti Sedap Sepanjang Masa
Assalamualaikum...
Sebenarnya tak plan pun nak buat Pulut Inti ni sbb tak ada tukang makan.Setakat nak makan seketoi dua tu baik beli ajer kat kedai lagi senang.Tapi hari rabu lepas aku ada buat tempahan pulut kuning,so ada sedikit lebihan santan pekat yang telah dimasak bersama garam dan gula.Mula2 rasa nak buang jer,tapi rasa sayang pulak karena santannya mahal sekarang ni RM12 sekilo, husband aku beli kat Pasar Dato Kermat.Hurmmmm santan pun naikkkkk jer.
So, balance santan pekat tu aku guna untuk buat Pulut Inti ni.Guna 1 cawan jer beras pulut.Lagipun aku masih ada stok Inti Kelapa Serbaguna tu dalam peti ais.So, cepat la siap.Daun pisang memang dah beli untuk mengukus Pulut Kuning.Tanak pulut tu kejap jer...dah boleh makan.Alhamdulillah tak membazir.
By: Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Bahan - Bahan:
1 cawan beras pulut
1 cawan santan pekat
Garam Gula
Daun pandan simpul
Cara-Cara:
INTI KELAPA (LiNa Pg guna stok Inti Kelapa SerbaGuna)
Bahan-Bahan:
1/2 biji kelapa parut
1 ketul gula kabong (potong kecil2)
1/2 cawan air
1 helai daun pandan simpul
Gula jikalau perlu
Secubit garam

LiNa Pg tanak jer pulut tu karena siket jer.Ngam2 dgn Inti Kelapa yang masih berbaki
Lemak2 santan segar makan pulak dengan Inti Kelapa yang manis tu..memang sedap.
RESEPI PULUT INTI By: Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Bahan - Bahan:
1 cawan beras pulut
1 cawan santan pekat
Garam Gula
Daun pandan simpul
Cara-Cara:
- Cuci beras pulut sampai airnya jernih.LiNa Pg rendam sekejap 15min.Kemudian toskan
- Satukan santan, garam,gula ke dalam periuk kacau sehingga garam dan gula hancur.Sambil tu korang rasalah ok ke x?(part ni LiNa Pg guna santan lebihan pulut kuning mmg dah rok lemak2 manisnya
- Masukkan daun pandan dan beras ke dalam periuk berisi santan.Masak kat atas dapur gn api kecik.LiNa Pg gn api paling bawah.Time masak ni wangiiii karena ada aroma daun pandan Kacau sekali sekala untuk mengelakkan pulut berkerak kat dasar
- Bila pulut dan kering, kecilkan api (mcm masak nasi) tunggu sampai pulut betul2 masak.Dah siap
INTI KELAPA (LiNa Pg guna stok Inti Kelapa SerbaGuna)
Bahan-Bahan:
1/2 biji kelapa parut
1 ketul gula kabong (potong kecil2)
1/2 cawan air
1 helai daun pandan simpul
Gula jikalau perlu
Secubit garam
Cara-Cara:
- Satukan kelapa parut, gula kabong, daun pandan ke dalam kuali dan kacau rata.Gula kabong akan mula mencair.
- Masukkan air sedikit demi sedikit sambil terus kacau.Kacau sampai gula kabong hancur dan inti sebati .Masukkan secubit garam.Sesuaikan
Pulut Kuning yang ditempah oleh jiran aku kak mai.Kerana Pulut Kuning badan binasa inilah terhasilnya Pulut Inti.
FYI Pulut Kuning ni aku buat untuk kenalan terdekat sahaja.
0 Response to "Pulut Inti Sedap Sepanjang Masa"
Post a Comment