Nasi Minyak Laskar Pelangi

Assalamualaikum...
Nama bukan main vogue lagi kan hehee...Nasi Minyak Laskar Pelangi.Ekceli resepi ni aku reka khas utk majalah SAJI Keluaran Nov lepas.Biasalah jikalau majalah saji depa mau resepi yg unik dan lain dari yg lain.Disebabkan ms editor saji req nk resepi ni,sy mmg agak bz..so,buat yg simple2 ajerlah.Nasi Minyak paling mudah...tambah sedikit rempah bg 'wow'siket hehee..Kalau nasi minyak biasa tu..rasanya agak plain jer kan?Bila ada sedikit rempah ada la variety rasa dalam tu.Tak pedas pun..acah2 jer rempah tu.Anak kecik aku sangat cerewet pasal makan.Kadang2 mama buat nasi berperisa ia boleh pulak minta nasi white..aduhai anak..Kenalah tanak ns putih+telur dadar utk ia huhuhu.Panjang pulak bebelan pagi ni.Jom la kita semak resepi Nasi Minyak Laskar Pelangi.Nasi Minyak Hujan Panas berempah hehee
Ekceli resepi ni aku reka khas utk majalah SAJI Keluaran Nov lepas Nasi Minyak Laskar Pelangi

NASI MINYAK LASKAR PELANGI (NASI MYK BEREMPAH)
By Malina LiNa Pg (linapg.blogspot.com)

Bahan-Bahan
1 ½ cawan beras basmati (rendam selama 40min-kemudian toskan)
½ cawan susu cair
1 ½  cawan air
½ labu bawang besar (mayang halus)
1 hiris halia
1 kiub ayam
1 ulas bawang putih (mayang halus)
3 biji tomato ceri (cincang halus)
1 helai daun pandan
1 bunga lawang
1 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
2 biji bunga cengkih
½ sudu teh serbuk jintan manis
½ sudu teh serbuk jintan putih
½ sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk kari ayam
Sedikit kismis
Daun pudina
Pewarna merah, hijau dan kuning

CARA-CARA

  1. Panaskan mentega, tumis rempah 4 beradik (LiNa Pg skip bunga cengkih sbb anak2 x suka) bersama hirisan bawang besar, bawang putih,halia dan daun pandan dan tomato.Tumis hingga terbit bacin dan sedikit layu (tak perlu terlalu garing)
  2. Sementara itu bancuh serbuk ketumbar, jintan putih, jintan manis dan serbuk kari bersama sedikit air.jadikan pes pekat. 
  3. Masukkan pes tadi ke dalam tumisan.Tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan beras (yg telah ditoskan) dan goreng beras tersebut bersama rempah tumisan.
  5. Masukkan air dan susu cair dan kiub ayam.Biarkan hingga mendidih.Kacau sekali sekala biar nasi tidak berkerak/hangit di dasar periuk.
  6. Setelah nasi kering.Kecilkan api, buat lubang (LiNa Pg guna chopstik) dan titiskan pewarna di beberapa tempat.Taburkan sedikit kismis
  7. Tutup periuk dan tunggu hingga nasi masak sepenuhnya ( 7-10min)
  8. Setelah nasi masak, gembur-gemburkan nasi dengan garfu.Taburkan daun pudina dan kismis semasa menghidang

##################

Ekceli resepi ni aku reka khas utk majalah SAJI Keluaran Nov lepas Nasi Minyak Laskar Pelangi
Menyelit Tempahan kek buah kukus terakhir utk tahun 2016.Telah selamat hingga ke Dungun ptg kemarin.Saya pos ptg Jumaat.Cepat betul kali hingga ke Trengganu.Pos hujung mggu pulak tu.
Kalau ada yg merasa kek buah kukus LiNa Pg, boleh order tahun depan plak ya.Tak lama dah 2mggu jer lagi.Nak balik kg utk mjlis tahlil arwah bonda tersayang (al fatihah buat bonda)

0 Response to "Nasi Minyak Laskar Pelangi"

Post a Comment