Poli Ubi Kayu Kuih Tradisional Kelantan
Assalamualaikum...
Alhamdulillah hari ni berkesempatan update blog dgn resepi plak.Pernah dengar tak Kuih Poli Ubi Kayu?Rasanya ada jugak yg panggil Lopes Ubi Kayu.Kuih Poli Ubi Kayu ni rasanya kenyal-kenyal ala2 liat manja gitu.Liat ubi kayu yg dikukus..Mmg sangat sedap.Tambah lak disiram dengan gula melaka (kalau orang klate panggil nise cair kikiii)
Poli ubi kayu ni merupakan Resepi turun temurun dari bonda saya.Teringat dulu ms kecik selalu tolong bonda parutkan ubi.Ubi pulak cabut jer kat belakang rumah, daun pisang pun main petik2 ajer.Kelapa pun kukur (guna pengukur kelapa tu)mmg kuih ni betul2 menggamit nostalgia zaman kanak2.Semakin hari makin dilupakan kuih tradisional ni.Sayang pulak,kalau hilang begitu sahaja.Ada baiknya aku turunkan ke anak cucu resepi ni.Kebetulan anak sulung aku sedang bercuti sekarang ni, rajin pulak ia tolong parutkan ubi tu.Mamanya cakap student Politeknik kenalah parut ubi utk buat "Poli" cam sesuai sangat hahaaa...senyum jer abang long yg pendiam tu kikiiii...Berjaya ia parut hingga habis..Meh kita semak resepi Poli Ubi kayu ni sangat ringkas dan cepat jugak siapnya.
Bahan A (Poli Ubi Kayu)
Bahan B (Kelapa Parut)
Bahan C (Sirap Gula Melaka-Nisan cair)
Cara Menghidang Kuih Poli Ubi Kayu

Kuih Poli Ubi Kayu sungguh authentic...Inginkan kelainan dalam resepi berasaskan ubi kayu. Boleh cuba Poli Ubi Kayu plak..sekarang nk msuk demam isu banjir, mmg banyak ubi kayu yg dijual
KUIH POLI UBI KAYU
By Malina LiNa Pg (harus di isi/)
Sumber Embun Rosaliza
- 1 kg ubi kayu diparut halus (LiNa Pg guna spesis klon warna kuning)
- Daun pisang secukupnya (LiNa Pg layurkan atas api biar lembut)
- Parut ubi kayu mengunakan pemarut/boleh juga guna mesin kelapa.
- kemudian letakkan ubi kayu parut 2-3 sudu besar (agak2 muat dengan saiz daun pisang) balut menyerupai lepat tapi lebar sikit
- Pastikan air kukusan mendidih terlebih dahulu.Kemudian kukus ubi kayu selama 30min (atau hingga masak)
- Sejukkan terlebih dahulu, sebelum di potong
Bahan B (Kelapa Parut)
- Kelapa parut secukupnya (LiNa Pg beli RM1)
- Sedikit garam
Cara
- Selepas ubi kayu masak, kukus sebentar kelapa parut (selama 5min) biar tidak cepat masam
- Kemudian gaulkan dengan sedikit garam
Bahan C (Sirap Gula Melaka-Nisan cair)
- 2 keping nisan
- Sedikit gula melaka
- 2 cawan air (LiNa Pg letak siket jer)
- 2 helai daun pandan
- Satukan semua materi di atas, masak hingga likat.Sejukkan.
Cara Menghidang Kuih Poli Ubi Kayu
- Setelah kuih sejuk, keluarkan dari daun pisang dan potong kiub
- Gaulkan dengan kelapa parut.
- Tuangkan sirap gula melaka semasa mengidang.
- Sedia dinikmati
Pemarut klasik tu bonda aku berikan hehee...Rasanya dah jadi barang antik sekarang ni..ssh nk dapat
Jom makan....Resepi klasik jaman dulu
Bagi sesiapa yang menggunakan resepi Poli Ubi Kayu bonda LiNa Pg, mohon sedekahkan al fatihah buat bonda aku Rubiah binti Esah (dibintikan kepada ibunya)
Bonda aku telah kembali ke rahmatullah pada 22hb Nov 2016..al fatihah buat bonda tersayang

PENCURI..... CURI ARTIKEL DAN KONTEN BLOG SAYA....
ReplyDelete