Cara Buat Sambal Jate (Sambal nasi Berlauk Kelantan)

Assalamualaikum...
Tajuk hari ni sambal hahaa...Pernah dengar nama Sambal Jate tak?Sambal paling sempoi.Sambal jate ni merupakan sambal basic sahaja menggunakan cili padi merah, limau kasturi, garam+gula dan cuka.Kalau letak belacan ada plak yg claim kata tak ori huhu.Pada aku nak letak belacan atau tidak, itu terpulang kepada selera kita la.Sambal jate ni sesuai dimakan dengan Bihun Goreng (Bihun Singapore),Nasi Berlauk, Nasi Ala Kak Wok, Nasi Kerabu atau Laksam.Pendek kata boleh ajer di'gu'kan dengan apa2 menu yang sesuai.Kalau di Kelantan Sambal Berlauk ni juga dipanggil 'Air Lada' old skool betul nama beliau kan hahaa...Ekceli cara buat sambal dan sedikit tips ni aku berguru dari M.I.L ms raya aritu..sebelum aku pernah buat jugak Sambal Kelantan ni tapi aku durhaka letak belacan bg seimbangkan rasa..ngelat kikiiii.Pastu aku buat siket jer versi tumbuk.Kali ni buat banyak terus dan blend jer senang kije.Confident level tinggi sungguh la haih..Alhamdulillah lulus dengan cemerlang..husband kata sedap..memula tu rasa pelik siket..macam tak balance rasa dia..pastu ada sedikit pahit (sebab aku blend sekali dengan kulit limau-MIL bimbing camtu..kita follow jer la)
Tapi lepas semoga dalam 3jam..semua sudah sebati dan terjeruk..alhamdulillah sedappppppp pedas berdesing jugaklah.Bila makan keesokan harinya..kurang siket pedasnya..pendek kata makin lama makin sedap..Haaaa gitew.Kalau ada yang follow resepi sambal nasi berlauk klate versi LiNa Pg bolehlah follow resepi ni...Kang u olls adjust la serba sedikit naaa...Resepi anggaran untuk guide sahaja..tang garam dan gula tu pepandailah adjust ikut selera..sama gak dengan cuka makan tu..sebabnya tahap kepedasan setiap orang tak sama.
Sambal jate ni merupakan sambal basic sahaja menggunakan cili padi merah Cara Buat Sambal Jate (Sambal nasi Berlauk Kelantan)
 Dapat sebekas ni...bolehlah buat stok seminggu
Sambal jate ni merupakan sambal basic sahaja menggunakan cili padi merah Cara Buat Sambal Jate (Sambal nasi Berlauk Kelantan)
Paling penting yakni seimbangkan rasa.Sambal Jate atau Sambal nasi Kerabu ni mesti ada rasa manissss, pedas sedikit masam.Jadi,masa tambah garam+gula dan perasa.Tambah jugak cuka (jika perlu) Pandai2lah adjust rasa tu ya.Resepi sebagai panduan jer

0 Response to "Cara Buat Sambal Jate (Sambal nasi Berlauk Kelantan)"

Post a Comment